Wednesday, September 23, 2009

ANAK RADIX - Siti Hajar Aini bt Alyas

        (Umur 4 hari)

Siti Hajar Aini dilahirkan pada jam 8.45pagi hari Selasa 11hb.November 2008, di Hospital Kemaman Terengganu dengan berat badan 2.91kg. Selepas 4 hari dilahirkan Siti Hajar didapati "Jaundice" dan dimasukkan ke Wad Kanak2 selama 1 minggu. Tahap kuning sangat susah turun dan berterusan sehingga umur 2 bulan. (Gambar: Siti  Hajar Aini berada dalam Wad Kanak2 Hospital Kemaman, Terengganu)


         (Umur 2 bulan)                    

Rawatan masih berterusan dibawah pemantauan Klinik Pakar Hospital Kemaman Terengganu. Kesan kuning "Jaundice" masih ada kelihatan pada kawasan muka dan dalam mata Siti Hajar Aini. Doctor pakar kanak-kanak hanya setakat menyatakan Siti Hajar Aini terdapat "Prolonged Jaundice", tapi tidak ada rawatan yang diberikan, periksa dan catat sahaja.


     (Umur 6 bulan)

Pada awal bulan Mei 2009, Siti Hajar Aini mula diberikan pemakanan yang berasaskan Herba Produk HPA. Abahnya mula terlibat dengan HPA mulai 1hb. Mei 2009, dengan kesedaran yang bersungguh-sungguh lantas satu keluarga mendaftar jadi ahli HPA dan terus mengikuti kursus PBC. Antara pemakanan yang diberikan kepada Siti Hajar Aini adalah; 1) Bubur nasi dari beras perang HPA yang dibubuh pula EQ Minda dan Spirulmadu. 2) Susu Bio Lac yang dibubuh juga EQ Minda. 3) Radix Cookies. 4) Minuman Bijirin Radix 5) Kismis Minda. Untuk penjagaan mandian digunakan; 1) Sabun Bayi. 2) Bedak Talkum Bayi. 3) Minyak But-But.

      (Umur 9 bulan)
Siti Hajar Aini terus membesar dengan sihat, cergas dan kuat penuh belaian kasih sayang dari abah dan umminya. Cepat memberi responces apabila namanya dipanggil oleh sesiapa sahaja.







Ketika Berumur 10 bulan
(gambar diambil pada Hari Raya Idilfitri 1430H)












Dari umur 6 bulan hingga sekarang Siti Hajar Aini didapati sangat sihat, cergas dan aktif, suka membunyikan suara dan kadang-kadang ketawa. Suara merengetnya hanya ketika lapar dan mengantuk sahaja. Kesan "Jaundice" sudah tidak kelihatan lagi. Doctor pun dah buat pengakuan yang Siti Hajar Aini sudah betul-betul sihat, Alhamdulillah.

Dengan izinNya, Alhamdulillah saya sebagai ayah dan isteri saya sebagai ibunya sangat bersyukur dan gembira, Hanya Pada Allah swt saya berharap, dan terima kasih kepada HPA yang telah menunjukkan jalan yang benar kepada keluarga kami. Bagi kami sekeluarga telah menganggapkan anak kecil kami ini adalah sebagai Anak Radix yang akan berjuang dan berjihad kepada umat Islam keseluruh pelusuk dunia ini agar dapat mengambil makanan Halal lagi Toyyibah dari Produk HPA.

Alhamdulillah, kini saya dan isteri telah berjaya menjadikan seluruh adik beradik dan anak-anak saya menjadi ahli HPA dan keseluruhannya telah menghadiri PBC. InsyaAllah sebelum akhir tahun ini akan mendapat pangkat PJ yang akan diikuti oleh isteri saya, Hjh Rokiah bt Abdullah dan anak saya Siti Suraya bt Alyas.

No comments:

Post a Comment